Isnin, 20 September 2010

tatkala menunggu hari kejadian..

entri ni di taip pada: 25 August 2010

Sibuk sgt duk mencari cinta sejati.. lelaki sejati.. yg konon nya boleh mengubat hati yg sunyi.. hahaha.. kdg2 sengal gak aku ni.. Bertahun single relax jee.. tp bila makin umur meningkat makin nk berpasangan plakk.. eee.. ntah apa2 laaah.. tp kan lumrah sumee tuu.. hehee..

Sikap peramah dan mesra alam aku wat aku mudah disenangi sesetengah pihak.. tp aku selalu ingat pesan arwah atuk.. dalam byk2 org suka berkawan ngn kita.. x mustahil ada yg meluat kat kita.. waspada laah.. so, makin aku dewasa makin aku faham reaksi manusia.. dan berhati2 berkawan..

Berbalik pada kisah cinta sejati.. nk masok 25thn da umur aku bulan September ni.. tp aku masih x jumpa lagi.. mak pernah tanyaa.. kawan2.. mak cik pak cik.. org2 sekeliling… huhu.. “bila nak kawen..” nk kawen camnaa.. pakwe pun xda.. huhu.. Mungkin salah sendiri.. apabila meletakkan kekecewaan cinta lalu sebagai satu perkara Fobia/penghalang utk melangkah ke cinta baru.. mcm sesetengah wanita/perempuan akan ckp bila kecewa..”oooh.. tertutup sudah pintu hati nii” cheewaah.. poyo abiss.. hahaha.. aku laah tuhh.. sampai ada sorg kawan aku nama A ckp, “ko asik ckp tertutup lah apa laah.. sbb tuh ko di uji dgn berjumpa yg salaah.. sbb Allah nk tunjuuk yg mana ada istilah tertutup pintu hati ni..” sonyap den kojap.. huhu..

Kecewa tuh sebenarnya pelajaran.. x rugi pun.. sakit sikit jee.. huhu.. sbb dari kekecewaan kita akan belajar berhati2 dan lebih mengenali org yg akan muncul dalam hidup kita.. ye x ye? Walaupun hakikat kekecewaan susah nk diterima.. tp perkara itu harus kita amek dari sudut positif salah satunya mengajar erti kecekalan..

Hurm.. untuk menjadi ceria setiap hari.. aku mesti cari seseorg utk wat aku hepi, wat aku bersemangat n berbunga.. seseorg itu x semestinya Kekaseh.. kdg2 kawan.. kdg2 org lalu lalang.. hahah.. salah aku adalah cepat jatuh hati kat seseorg.. huhu.. tp setelah terjadi satu kes baru2 nii.. wat aku terfikir dan tersedar dr tidur yg lenaaa…

Kenapa aku harus berasa sunyi ketiadaan lelaki bergelar kekasih dalam hidup ni. Padahal aku ada mak.. ada KRONI.. ada kawan2.. hurm.. lumrah?? Ye ke?? Tp aku ni kdg2 poyo sket bab2 perasaan ni.. Sbb kdg2 aku macam seorg yg xda perasaan kat lelaki.. tp bila jumpa yg wat hati aku vibrate 24jam tuuu.. aiseeh… huuhuu.. siapakaah diaaa...?? adusshhh...

So.. kajian dan penelitian telah aku buat.. Pendapat aku…
Bila aku suka seseorg.. belum tentu seseorang suka aku.. dan bila seseorg suka aku belum tentu aku suka seseorg tuuu.. Sbb mesti ada jeee yg wat hati ni konpiuss..
Tak kena taste ke.. aku gemuk ke.. bulat sgt ke.. haii.. mcm2.. tp aku x kisah.. apa yg aku dapat dari ctu adalaah..
Allah dah tetapkan siapa jodoh kita.. kalau aku kejar2 org yg aku suka tuh pun.. tp klu Allah kata dia bukan jodoh aku.. mmg tetap x jadik.. wat apa aku nk frust2 pasal semua ni.. x yah nk tension2.. sbb bukan kaya pun tensen nii.. utk tetapkan hati aku yg NEKAD nii.. aku ikot ckp mak “Buat Solat Istikharah”.. Sure pasni… aku x da buntu2.. insyaAllah.. amin..

Isnin, 2 Ogos 2010

Al Fatihah~

Al Fatihah kepada pensyarah saya Encik Halim yang pernah menjadi tenaga pengajar kepada saya dan rakan2 di KLMU.. Beliau telah menyahut panggilan Ilahi pada 02/08/2010 jam 3.30ptg... Saya di maklum kan oleh Arief Syah yg merupakan rakan sekelas saya dan dia dapat tahu dari Afi CBDS dan Afi dapat tahu daripada Sir Ridzuan... terima kasih kerana memaklum kan..

Takziah kepada Keluarga Allahyarham Encik Halim.. sabarlah mengahadapi ujian Allah ini.. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh.. Amin~~

Selasa, 15 Jun 2010

Tak terlintas nak derhaka...

Dulu, aku suh mak benti keje.. sbb aku dah keje.. leh bantu mak.. huh.. konon nyer lah.. pastuh, aku dapat interview sbg IT Admin kat CosmoPoint, Seremban.. Tp aku kena sambung Ijazah dulu sebelum dapat keje tuh.. So, dalam keadaan pasrah, aku balik tunjuk kan surat tawaran belajar tuh.. Mak yg dah x keje dgn berbekal kan pencen x seberapa, terus setuju.. Mak kata.. xpa lah adik.. rezeki Allah ada kat mana2.. adik belajar je lah.. bab duit biar mak fikirkan..huhu.. aku pun benti keje pastuh sambung belajar..

Mak sering menangis mengenangkan aku yg belajar nun jauh dari mata mak sbb aku di Kuala Lumpur.. Tiada siapa.. hanya bersama kawan2 seperjuangan.. Duit, doa dan semangat sentiasa mak kirim kan.. walaupun mak sendiri x da duit.. huhu.. kejam je rasa.. tp aku xlupa mak.. syg sgt kat mak..

Hari berganti bulan..bulan berganti tahun.. akhirnya aku tamat pengajian dia peringkat ijazah.. Pelbagai dugaan dan cabaran ku lalui.. Air mata mak x putus menangisi setiap apa cabaran dan dugaan yg ku lalui.. Walaupun mak menangis sama, tp mak selalu titip kan kata2 semangat supaya aku terus kan perjuangan ni..

Pada 13 June 2010, adalah hari bersejarah buat aku dan kawan2 utk dihadiahkan segulung ijazah setelah bertahun kami menuntut ilmu dari guru2 yg sangat2 berdedikasi, di KLMU.. Tapi pada hari itu jugalah aku hampir2 mengecewakan orang yang paling aku sayang yang aku kasihi sepenuh hati.. Maafkan adik mak..

Aku mengalami “senggugut” yg sangat dasyat pada pagi itu.. Lantas aku bekata pada mak.. Tak da mood lah nk g Konvo ni.. aku terlalu ikot emosi.. Lantas mak menangis.. Aku rasa berdosa sekali.. Mak terus duduk berdoa, sambil tawarkan air suam utk aku agar aku berasa selesa.. Aku masih tidak bersiap utk ke majlis Konvo.. kerana emosi aku yg bersilih ganti dengan rasa marah, sakit hati.. segalanya serba tak kena.. Tp.. doa seorg ibu tuh di makbul kan Allah.. Doa seorg ibu yang nk tgk anaknya di atas pentas amek segulung ijazah itu makbul oleh satu panggilan dari kak ila yang memesan membawa barang yang tertinggal..ku gagahi diri pergi membawa barang amanah dari kak ila tuh..

Aku bersiap dalam bermuka ketat.. Memandu perlahan.. lantas sampai di kawasan parking jam 6.45 pg.. Mak berkata lagi.. Adik senyum lah sikit.. Mak sayang adik.. Tanpa dipaksa2 air mata mak meluru laju seperti air terjun.. begitu juga air mata ku.. Rasa bersalah menghimpit diri.. Anak apa kah aku sampai sanggup membuat mak menangis..?? Ya, Allah.. Ampun kan hambamu ni Ya, Allah.. Mak, maafkan adik.. setelah kemaafan ku pohon dari mak tersayang, aku berjalan beriringan dengan mak masuk kedewan..

Sekali lagi mak menangis.. Bila aku berada di atas pentas.. walaupun bukan sebagai pelajar cemerlang, tapi sebagai anak yang cemerlang bg mak.. Air mata kegembiraan mak terserlah.. kebahagiaan terpancar.. kerana akhirnya.. aku berjaya menangangi emosi aku yg x stabil itu.. Habis mak ceritakan pada semua “mak-mak” pelajar yang ada kat sana.. kisah aku x nak g konvo.. huhu..

Apa2 pun.. semua dah berlalu.. aku MC pada keesokan harinya.. huhu.. Sekali lagi.. Mak.. jangan lah mak nangis lg yer.. walaupun adik dah takada di muka bumi ini.. Adik tetap sayang mak.. Lebih dari segala2nya.. Maafkan adik yer mak.. Syukur pada mu Ya Allah.. kerana kebahagiaan masih milik kami..

Rabu, 10 Mac 2010

Kesuburan Merosot

Salam 1 Malaysia.. Hari ni saya nak kongsi lah keratan akhbar dr Harian Metro 11032010..
Tertarik dgn tajuk besar dia.. Sbb berkaitan dgn WANITA.. hehe.. So, baca lah..


KUALA LUMPUR: Kadar kesuburan wanita Malaysia dijangka menurun mendadak pada 2015, iaitu 2.05 kanak-kanak bagi seorang wanita berbanding 2.2 pada 2007.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, hasil kajian kadar kesuburan di kalangan wanita Malaysia dari 1995 hingga 2007 menunjukkan penurunan setiap tahun yang mengakibatkan penurunan kadar populasi penduduk negara ini.

Hasil kajian membuktikan kadar kesuburan pada 1995 yang mencatatkan 3.4 kanak-kanak bagi seorang wanita menurun kepada 2.9 pada tahun 2000 dan akhirnya 2.2 pada 2007, katanya pada sidang media Forum Konsultatif Siri 3, Kajian Pelan Strategik Kependudukan kedua di sini, semalam.


“Wanita Malaysia mengalami penurunan tahap kesuburan setiap tahun dan tahap kesuburan wanita dalam kumpulan umur 15 hingga 49 tahun merosot pantas, yang boleh menjejaskan populasi negara kita pada masa depan,” katanya.

Menurut Aminah, punca utama masalah itu adalah sikap wanita yang lebih mengutamakan kerjaya dan terlepas daripada lingkungan umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

Selain itu, terdapat golongan wanita mengamalkan trend tidak mahu berkahwin atau lebih berminat kepada gaya hidup bebas tanpa ikatan, katanya.

Kebanyakan wanita berpendidikan tinggi pula sukar mencari pasangan sesuai kerana bilangan lelaki yang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi semakin berkurangan.

“Terdapat juga wanita berkerjaya yang ingin mendirikan rumah tangga sukar mencari pasangan sesuai dan akibatnya mereka terpaksa berkahwin dengan lelaki lebih muda, ataupun yang lebih rendah taraf hidup daripada mereka,” kata Aminah.

Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN dengan bantuan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kini dalam usaha mengadakan beberapa program di seluruh negara untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin pada usia sesuai. Katanya, diharapkan menerusi program itu kadar kesuburan dan populasi masyarakat Malaysia akan meningkat pada masa akan datang. - Bernama


Apa Komen Anda???

Selasa, 23 Februari 2010

Cinta 14 FEB

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya?



Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?



Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?



Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?



Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?



adik cuma nak tanya je bu.....

Kasihan melihat anak2 ini..terpanggil utk saya publish kan email yg asal nya dr Mohd Hawari Bin Hj Musa dan di forward kan kepada saya oleh Hanifa Hamdzah.. Insan x berdosa menjadi mangsa angkara orang2 yg buat durjana.. memang lah tentu anak2 ini ke syurga pergi nya.. tetapi.. ahh.. faham2 sendiri lah klu anda di perlakukan sebegitu..

Semoga entri ini menjadi pendoman kepada saya dan semua.. Terkenang dosa2 lalu.. Harap di ampuni Allah.. Al Fatihah untuk mu anak-anakku.. Pahala bacaan ku sedekah kan pada ibu2 mu anak, supaya mereka insaf, bertaubat dan kembali ke jalan Allah.. InsyaAllah..