Rabu, 10 Mac 2010

Kesuburan Merosot

Salam 1 Malaysia.. Hari ni saya nak kongsi lah keratan akhbar dr Harian Metro 11032010..
Tertarik dgn tajuk besar dia.. Sbb berkaitan dgn WANITA.. hehe.. So, baca lah..


KUALA LUMPUR: Kadar kesuburan wanita Malaysia dijangka menurun mendadak pada 2015, iaitu 2.05 kanak-kanak bagi seorang wanita berbanding 2.2 pada 2007.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, hasil kajian kadar kesuburan di kalangan wanita Malaysia dari 1995 hingga 2007 menunjukkan penurunan setiap tahun yang mengakibatkan penurunan kadar populasi penduduk negara ini.

Hasil kajian membuktikan kadar kesuburan pada 1995 yang mencatatkan 3.4 kanak-kanak bagi seorang wanita menurun kepada 2.9 pada tahun 2000 dan akhirnya 2.2 pada 2007, katanya pada sidang media Forum Konsultatif Siri 3, Kajian Pelan Strategik Kependudukan kedua di sini, semalam.


“Wanita Malaysia mengalami penurunan tahap kesuburan setiap tahun dan tahap kesuburan wanita dalam kumpulan umur 15 hingga 49 tahun merosot pantas, yang boleh menjejaskan populasi negara kita pada masa depan,” katanya.

Menurut Aminah, punca utama masalah itu adalah sikap wanita yang lebih mengutamakan kerjaya dan terlepas daripada lingkungan umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

Selain itu, terdapat golongan wanita mengamalkan trend tidak mahu berkahwin atau lebih berminat kepada gaya hidup bebas tanpa ikatan, katanya.

Kebanyakan wanita berpendidikan tinggi pula sukar mencari pasangan sesuai kerana bilangan lelaki yang melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi semakin berkurangan.

“Terdapat juga wanita berkerjaya yang ingin mendirikan rumah tangga sukar mencari pasangan sesuai dan akibatnya mereka terpaksa berkahwin dengan lelaki lebih muda, ataupun yang lebih rendah taraf hidup daripada mereka,” kata Aminah.

Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN dengan bantuan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kini dalam usaha mengadakan beberapa program di seluruh negara untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin pada usia sesuai. Katanya, diharapkan menerusi program itu kadar kesuburan dan populasi masyarakat Malaysia akan meningkat pada masa akan datang. - Bernama


Apa Komen Anda???