Selasa, 3 Januari 2012

Ovarian Cyst

Fakta Ovarian Cyst


salam

nak kongsi ape yang aku jumpe ni..mungkin tanpa kita sedar cyst ni berlaku pada kita, sebab tiada tanda-tanda ketara tentang kewujudanya.. dan aku salah sorang yang baru mengetahui tentang cyst ini selepas aku disahkan oleh doktor cyst ni ader di ovari sebelah kira semasa aku membuat ultrasound kehamilan..cyst yang aku hidapi sebesar 5cm kalau tidak silap aku laa..dan semoga kalian doakan baby aku selamat dan cyst ni leh hilang dengan sendiri nya tanpa aku perlu lakukan pembedahan k..

FAKTA MENGENAI CYST :

1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.
2. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.

3. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.

4. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.

5. Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.

6. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.

7. Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.

8. Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.

9. Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya. (ini yang aku alami)

10. Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.
11. Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.

12. Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.

13. Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.

14. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.( ini mungkin pembedahan yang aku perlu lakukan)

15. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.

16. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.

17. Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun


contoh cyst berukuran 7cm

kalau inginkan lebih info sila jengah ke SINI

credit to: sufiza