Khamis, 15 Oktober 2009

...Cantik Di Hati...

"Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa...
Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan air mata...
Sesungguhnya mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu...
Tetapi, sedarilah kita mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu anugerah... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...
Andai seseorang itu berlalu pergi meninggalkan kita...
Jangan lah melulu memarahinya... Mungkin ada sebab dan alasan kenapa mereka berlalu pergi... Bila perpisahan terjadi, pasti ada 1001 hikmah disebaliknya... Sesungguhnya bila perpisahan berlaku, perasaan terganggu, emosi tercalar... Perasaan kecewa, marah, benci, dendam mungkin tercetus... Tetapi, sedar kah kita, perpisahan itu mungkin berlaku kerana salah diri kita sendiri??? Tiada guna marah dan dendam... Kemaafan yang perlu diberi... Walaupun perit dugaan yang di hadapi, Allah hanya mahu menguji... Sesungguhnya, kemaafan kepada sesama insan lebih mulia daripada dendam dan kebencian... Hidup perlu diteruskan... Hadapinya dengan senyuman... Hidup ini adalah anugerah dari Allah, nikmatinya, hargainya, dan jalaninya dengan sempurna... Apa yang dihadapi perlulah sabar dan redha... kerana semua ini adalah KEHIDUPAN..."

**selagi diri ini bernafas, ku mohon ampun dan maaf atas salah silap, keterlanjuran kata2, emosi yang x senada... diriku hanya insan biasa... yang menumpang hidup di bumi Allah... perjalanan ku yang masih jauh... dan... Sepanjang perjalanan ini..Lembah dan lurah ku lewati..Ketenangan yang ku cari..Belum ku temui..Selagi hidup belum sudah..Aku akan terus melangkah..Ku yakin rahmat buat ku..Di hadapan menunggu....***

0 cakap-cakap:

Catat Ulasan