Selasa, 27 Oktober 2009

Selamat Berbahagia Sayang...

Salam.. Cerita hari ni pasal bahagia...
Apa itu bahagia? Pernah rasa bahagia? Seronok kan? Tp selalukah bahagia berakhir dgn kebahagiaan yg panjang? Pasti ada sedikit kecewa dlm bahagia dan bahagia dalam kecewakan? Lumrah kehidupan yang sgt indah walaupun itu semua memberikan 1001 rasa dalam jiwa...

Bahagia kah kita bila kita dicintai dan disayangi orang yang kita sayang?
Tak Bahagia kah kita bila kita dicintai dan disayangi orang yang kita tak sayang?

Semua itu diri kita sendiri ada jawapan nya... Cuma kadang2 kita sendiri tak pasti.. Rasa tak pasti dalam diri yang buat kita kecewa.. Tak pasti apa yang membahagiakan dan apa yang mengecewakan...

Sepanjang usia ini.. saya banyak pasang-pasang kan (match maker) kawan2 saya... Yang rasa sepadan, yang saya nampak serasi... Alhamdulillah.. Dengan izin Allah, mereka bersatu.. Ada yang dah kawin.. Yang dah ada anak.. Yang mengecapi bahagia dan semoga kebahagian selamanya... Dalam tahun ini saja lebih 30 orang kawan2 sebaya saya kawin...Semoga berbahagia Sayang... semoga kekal ke akhir hayat... dan beranak ramai...

Tp jodoh pertemuan ajal maut, bukan saya yang tentukan.. Allah punya Kuasa.. Saya hanya merancang, Allah lebih tahu segala2NYA... dan menentukan apa yang terbaik bagi hamba2NYA.. Ada pasangan yang saya pasang-pasang kan terputus di tengah jalan.. kerana bahagia yang ingin dikecapi kadang2 diganggu pihak ketiga dan kadang2 di tentang keluarga.. Ada yang berpisah masa bercinta... Ada berpisah selepas bertunang... Ada yang lebih pedih untuk saya dengar, berpisah selepas kahwin dan mempunyai anak.. Alasan apa? Bahagia yang diimpikan sudah tiada... Bersalah rasa diri ini... Tp apa boleh saya buat.. Saya hanya mampu merancang.. bukan penentu segala2 nya..

Cinta dan bahagia... di corakkan oleh insan itu sendiri... bahagia yang sementara atau abadi? semuanya kita boleh corakkan.. tp penentu segalanya tetap Allah SWT... Bila bahagia yang diimpi, tak menjadi milik kita.. Redhalah dan bersabarlah.. Ada hikmahNYA... Kebahagian abadi pasti tiba, insyaAllah.. Selagi kita ingat Allah, melakukan yang di perintahNYA, pasti Allah ingat kita dan tak pernah abaikan doa hamba2 NYA..

Walaupun saya sering menjadi "match-maker" kepada berpuluh2 pasangan yang dikalangan kawan2 saya mahupun orang di sekeliling saya... tp kadang2, untuk "match-maker" pada diri sendiri? terasa susahnya.. tp tak bermakna saya tak berpengalaman dalam dicintai dan mencintai.. Pernah jugalah rasa bahagia... Bahagia disamping mak tersayang, keluarga, kawan2, dan kekasih hati.. Meskipun selalu berdoa agar bahagia itu abadi, tp saya hanya lah manusia biasa.. Tak lari dari ujian Allah.. Allah menguji disaat saya belum bersedia... Disaat saya masih tercari2 apa itu bahagia... dan cinta...

Kekecewaan muncul dalam diri buat kali pertama pada usia 15tahun.. Diri ditinggalkan kerana terlalu manja dan atas alasan untuk belajar... saya, menangis... tp mak.. mak lah yang memancarkan kembali sinar bahagia dalam diri... semangat diberi.. dan mak selalu kata... Cinta yang kekal abadi hanya pada Allah...

Saya mula mencari diri.. mencari hala tuju.. Siapa pun yang mahu menjadi pasangan, semua saya tolak secara baik, kerana menghabiskan SPM.. dan... selepas SPM.. saya mula mengorak langkah.. Cemburu melihat kawan2 berpasang2an.. Sekali saya dilamar, terus terima.. Dengan seorang rakan baik dr kecil.. saat saya masuk kolej swasta.. Allah Masih menguji.. Sekali lagi kecewa.. Tp saya tidak menangis..Cuma... sering memikirkan apa salah saya... Ditinggal kan sebegitu saja tanpa sepatah kata...

Hidup mesti saya teruskan.. mencari bahagia.. yang pasti bahagia bersama Mak.. keluarga dan kawan2.. disaat mak pergi ke Mekah, saya sunyi.. rindu.. tp datang yang menghilangkan sunyi itu.. Walaupun datang sebagai 'penipu'.. Saya terima.. kerana dia menipu yang dia tidak tahu berbahasa Malaysia.. Saat itu malunya saya kerana tidak tahu berbahasa inggeris dengan betul... dia insan yang membuat saya rasa pentingnya Bahasa Inggeris.. saya bahagia.. kerana bersama seseorang yang benar2 membuat saya tersenyum dan kenal apa itu hidup.. tp bahagia itu tidak lama.. bila dah datang sebagai penipu, perginya juga sebagai penipu... walaupun begitu, saya redha.. saya tahu.. dia kembali pada kekasih lama nya.. walaupun dia tidak mengakuinya, dan saya sendiri yang undur diri sebagai tanda saya redha.. dan saya letakkan syarat.. 'cukuplah kecewakan saya jew.. jangan pada kekasih lama nya, dan saya nak mereka kahwin'.. Allah Maha Mendengar doa hambanya.. Alhamdulillah.. mereka akan berkahwin tidak lama lagi.. mereka bahagia, saya turut bahagia...

Cinta datang lagi.. walaupun kali ini saya tidak menerima.. kerana dia datang saat saya tidak memerlukan cinta.. Tp siapalah saya.. Manusia biasa yang ingin dimanja dan disayangi.. Dia yang dulu hilang tanpa khabar berita.. datang memberi 1001 sebab kenapa meninggalkan saya.. Bahagia datang melimpah2.. rezeki mencurah2.. Alhamdulillah... Doa tak putus2 dari keluarga dan kawan2.. hari berganti hari, tahun bertukar... kami masih bersama dan bahagia... dan kerana saya belajar, dia pun nak belajar kerana mahu sama taraf katanya.. Saya uruskan semuanya.. kemasukan ke asrama + kolej... Syukur.. Dia selesa belajar.. dan mula merancang masa depan ke arah yang lebih membahagia kan.. tp apalah daya.. Allah penentu segala2nya.. dua bulan dia disana.. dia bertemu yang lebih baik dari saya.. katanya.. saya terlalu setia dan tidak cemburu pada dia.. Apalah lg yang boleh saya lakukan... Sekali lagi saya menangis... Menangis mengenang nasib.. nasib saya ditinggal kan kerana dia kembali pada kekasih lamanya disamping kekasih baru di kolej baru... Saya nekad.. Nekad untuk kecap bahagia tanpa cinta.. Nekad yang sungguh.. 2 tahun lebih saya bahagia tanpa cinta.. Saya bahagia bersama mak, keluarga dan kawan2..

Saya sibukkan diri dengan kerja, dan saya sambung belajar peringkat ijazah di kolej swasta.. Datang dengan 1 tekad.. untuk belajar dan berjaya.. Tp tiba2 hati saya diketuk .."tok..tok..tok..." oleh seseorang yang lebih berusia dari saya.. Sebelum ini saya hanya bersama yang sebaya.. Pada awalnya gusar hati ini nak menerima.. Tp atas kerana ingin mencuba tanpa bilang tidak.. saya menerima insan ini dengan hati terbuka.. dalam masa yang sama... saya gusar.. gusar memikirkan.. tidakkah terlalu awal? tp saya bahagia bersama dia.. bahagia yang teramat... kerana hari2 saya diselitkan gelak tawa.. dan makin hari makin sayang.. walaupun seketika cuma.. saat saya rasa dialah milik saya... dia pergi menjauh... kerana seperti kekasih2 saya yang dulu, dia turut kembali pada kekasih lamanya.. Allah Maha Besar.. ujian Allah cuba saya lalui.. walaupun kadang2 hampir rebah hampir lelah hampir punah jiwa ini.. tp saya bangkit.. kerana mak.. mak yang paling banyak beri sokongan dan kawan2.. yang sentiasa beri semangat..

Cinta datang dan pergi.. Tp saya masih begini.. Masih seperti ini.. dengan senyuman dan gelak tawa.. Jangan lah salah faham pada entri ini.. Tidak lansung ada niat untuk memburukkan siapa2 ataupun untuk membangga diri.. Cuma sekadar berkongsi pengalaman mengecap kebahagiaan...Saya hanya manusia biasa.. Sama semua.. Tak lari dari ujian Allah.. Dan ujian Allah pada setiap hambanya berbeza2..
Kadang2 bila kecewa yang muncul disaat bahagia membuat saya rasa malang dan ingin menyalahkan takdir, tp saya fikir.. ada yang di uji lebih dasyat lagi.. dan mereka boleh tabah.. dan mereka tidaak menyalahkan takdir... dan kenapa saya yang hanya di uji secebis ini mahu melenting dan menyalahkan takdir?

Ada seorang kawan saya.. Lebih dasyat kisah hidup dia.. tabahnya dia hadapi segala2NYA.. ujian demi ujian dilalui.. bercinta dan bahagia.. tak lepas dengan kecewa.. bercinta bagai nak rak.. berkahwin kerana membuktikan bahagia dan betapa agungnya cinta.. tp padahalnya suaminya meninggal kan dia.. meninggalkan saat dia mengandung.. dan kandungan gugur dan suaminya bersama perempuan lain.. dan akan berkahwin.. dan diri dia selalu dihina oleh bakal madu dia.. dan yang lebih saya sedih mendengarnya.. dia diceraikan talak 3 dalam telefon.. Apalah salah..? masa melamar bukan main di taman bunga, tapi masa putus?

Ya Allah, jangan lah hambamu ini di uji dengan ujian yang hamba tak kuat nak laluinya...

Buat mereka2 yang pernah rasa melukakan hati saya, disini saya cuma nak kata sesuatu...Maafkan saya dan... Saya tahu awak semua ada alasan tersendiri kenapa meninggalkan saya... Lagipun sudah ketentuan Allah.. Awak dah temui bahagia pun.. Alhamdulillah...Saya maafkan awak semua.. Dan sentiasa mendokan kebahagiaan awak semua.. Saya redha dgn ujian ini.. Pengalaman2 yang saya terima ini membuat kan saya lebih matang menjalani hari2 mendatang.. Tidak ada sedikit rasa untuk bermusuh pun.. kerana sekali saya sayang.. sayang selamanya...

buat yang pernah kecewa, dan belum temui bahagia...
bersabarlah..dan teruskan berdoa.. InsyaAllah.. pasti ada yang Allah dah tetapkan untuk awak semua.. kecewa sekali tak bermaknya kecewa selama2nya.. dan bahagia hari ini tak bermakna bahagia esok atau lusa.. kita bersedia dengan ujian2 Allah yang sangat2 besar hikmahNYA..

Buat Mak..
Terima Kasih kerana memberi saya 1juta rasa semangat untuk teruskan hidup.. Doa dan nasihat mak saya ingat sampai akhir hayat saya..

Buat Keluarga,Kawan2 dan yang menyayangi saya...
Terima kasih untuk segala2nya...Allah saja yang dapat membalas kasih sayang kamu semua..

Buat Pembaca...
Terima Kasih sebab baca, dan renung2kan lah.. apa yang buruk dari saya maafkan saya..kerana Yang baik hanya dr Allah SWT..

Entri Selamat Berbahagia Sayang ini di tujukan pada sayang sayang saya yang akan berkahwin dan sedang mengecapi bahagia..

"KEBAHAGIAN AWAK ADALAH KEBAHAGIAAN SAYA"

11 cakap-cakap:

Tanpa Nama berkata...

menarik! tatapi siya tida kuat mcm kamu. boleh doa sma siya?

gm0t comot berkata...

be a tough girl.... =)

: : memeng : : berkata...

thanks both of u..

tiang86 berkata...

adoiyai... sakan cita ang....
ok2.. stiap insan dijadikan berpasang2... akan sampai masanya jg .....
ssorg yg btoi2 tuk ang....
jadi... sabaq bebanyak je la...

Nazie berkata...

sabarla...tapi cinta yg akhir itu amatlah perit kan...takpe org yang jujur dan sabar mmg selalu diuji...selagi kita boleh bertahan, kita bertahan ok

: : memeng : : berkata...

tiang86: huhu... mmg sabaq lah niii...
don't worry.. i'm ok...


nazie: cinta akhir? hurm.. xder lah awk.. saya ok jew.. xper lah.. xkan nak bermusuh kan? mereka2 sume pernah menyayangi saya.. saya mendoakan yg terbaik utk dorg... memaafkan kan lebih baik...

ex5kuat berkata...

salam,

takper seniorita, nanti juniorita akan doakan seniorita berjaya dapat suami yang penyayang tahap makam ke-7 and understanding and macho and hansem.... amacam? tapi seniorita tolong doakan juniorita berjaya dunia n akhirat, amacam? deal?

"Ya Allah, kurniakan sahabat hamba Mu ini seorang pasangan yang boleh memberi dia kebahagian dalam idup dia dengan izinMu... Amin Ya Rabb"

xpresi-diriku berkata...

nasib kita serupa...

Tanpa Nama berkata...

Salam..wei cik dak ko masih jadi match maker lagi ka?Awat hang x match utk hang

aku_nadia berkata...

salam...bez sgt bcer ksah idup awk..sy pun pnah alami ksah yg hmpir same n skunk pun tgk laluinyer...btw..b strong k..gambatte kudasai!

ny_yus berkata...

sedey meng....
takpe aku doakan kau akan jumpa cinta sejati suatu hari nanti
pegang je kata2 aku "kalau dia adalah jodoh kita walau badai menimpa tetap gak dia akan jadi milik kita"

Catat Ulasan