Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....
Kasihan melihat anak2 ini..terpanggil utk saya publish kan email yg asal nya dr Mohd Hawari Bin Hj Musa dan di forward kan kepada saya oleh Hanifa Hamdzah.. Insan x berdosa menjadi mangsa angkara orang2 yg buat durjana.. memang lah tentu anak2 ini ke syurga pergi nya.. tetapi.. ahh.. faham2 sendiri lah klu anda di perlakukan sebegitu..
Semoga entri ini menjadi pendoman kepada saya dan semua.. Terkenang dosa2 lalu.. Harap di ampuni Allah.. Al Fatihah untuk mu anak-anakku.. Pahala bacaan ku sedekah kan pada ibu2 mu anak, supaya mereka insaf, bertaubat dan kembali ke jalan Allah.. InsyaAllah..