BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM.
Sabtu, 1 Oktober 2011
teanjat boboiii~~~
BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM.
Sabtu, 6 Ogos 2011
rasa nak mati
Ahad, 31 Julai 2011
Putus Kasih....??
PUTUS KASIH : PUNCANYA MUNGKIN KAMU
Kata orang, kalau sekali kita gagal bercinta, jangan cepat kecewa dan terus memendam luka. Hari ini, kita mungkin gagal membina menara kasih yang diimpikan. Mana tahu, mungkin esok atau lusa, kasih yang terlerai itu akan berganti juga.
Oleh kerana itu, janganlah terus bersedih. Langkah yang sebaiknya ialah mencari di mana silapnya hingga terjadinya perpisahan itu. Sebagai manusia, kita tentu ada membuat kesilapan. Jadi, inilah masanya untuk kamu bertanya pada diri sendiri, di manakah kesilapan yang telah kamu lakukan hingga terjadinya perpisahan itu.
Kadang-kadang, kita memang telah menyedari kesilapan yang telah dilakukan, cuma masih tidak ada jalan penyelesaiannya. Bagi tidak mengulanginya sekali lagi, pelajarilah sesuatu daripada kesilapan yang telah kamu lakukan itu. Kemudian bertindak segera supaya tidak terus berlanjutan.
1. "Si dia tidak menyintai aku"
Perasaan kasih dan sayang memang perlu wujud bagi setiap pasangan yang mengaku dirinya sedang dilamun cinta. Oleh kerana ingin menguji sejauh manakah kasih dan sayang si dia, lalu kamu pun cuba mengujinya. Malangnya, setiap ujian yang diberi, semuanya memberikan jawapan yang mengecewakan. Lantas di fikiranmu mulalah beranggapan, si dia tidak mencintai dirimu. Benarkah, apa yang kamu fikirkan itu?
Yang perlu kamu tahu:
Jika kamu sering meminta kepastian atau bukti cinta daripada si dia dan jawapannya selalu mengecewakan, ia boleh jadi kamu mencari seorang kekasih yang 'luar biasa' hingga si dia tidak mampu menurutnya.
Perasaan ragu-ragumu masih menguasai diri walaupun telah berulangkali si dia melafazkan kasih sayangnya padamu. Kamu sangkakan dengan menguji si dia dapat membantumu tetapi berlaku sebaliknya. Kamu kecewa. Disebabkan terlalu ingin mencari bukti kasih sayang, kamu mungkin telah melampaui sempadan yang tidak terdaya oleh si dia untuk melepasi ujian itu.
Untuk mengelakkan perkara ini, lebih baik kamu cari satu kelebihan yang ada padanya daripada terus menguji si dia. Selagi si dia tidak buat perangai, peganglah kata-kata janjinya. Itulah yang sebaiknya selain daripada terus menyimpan perasaan curiga terhadap si dia.
2. "Si dia tidak memenuhi syarat"
Jika ditanya, bagaimanakah kekasih idamanmu, tentu banyak syarat yang akan kamu letakkan. Antaranya: tampan, bergaya, kaya, jujur, penyayang, bertahi lalat, penyabar, bermisai dan......
Tapi, pertama kali bertemu dengan si dia, hatimu telah terpaut. Jantungmu bergetar bila setiap kali bertentang mata dengannya. Segala syarat yang kamu letakkan dabulu, terpaksa ditolak ke tepi. Pada saat itu, syarat yang ditetapkan bukan menjadi ukuran lagi. Sayangnya, perkara ini tidak berlanjutan. Setelah sekian lama bersama si dia, baru kamu mula teringatkan syarat-syarat yang telah kamu tetapkan sebelum ini. Terutama bila teman-teman mula memperli kamu, "Lain yang dicari, lain yang dapat." Kamu mula ingin menjauhkan diri daripadanya. Kamu mula berkata pada diri sendiri bahawa si dia yang ada di depanmu sekarang ini, bukanlah kekasih yang kamu cari selama ini.
Yang perlu kamu tahu:
Kamu sebenarnya sudah mulai keliru pada diri sendiri. Memasang impian tidaklah salah. Tapi, janganlah terlalu mengharap agar segala impian akan menjadi kenyataan.
Perlu diingatkan, syarat yang ditetapkan hanyalah sekadar impian yang memang ada pada naluri setiap manusia. Cinta pula boleh teriadi dengan pelbagai cara. Sekiranya si dia tidak mencukupi syarat-syarat yang kamu tetapkan, janganlah kamu jadikannya alasan untuk memutuskan kasih yang sedia ada. Jadikan syarat itu sekadar garis panduan supaya kamu tidak tersilap pilih orang.
Nescayalah, sekiranya kamu terus mencari kekasih yang dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, sampai bila pun kamu tidak akan ketemuinya! Fikirlah seribu kali sebelum membuat sebarang keputusan.
3. "Aku terpaksa berpura-pura''
Memang bahagia, jika kamu dan si dia sering sehaluan. Apa sahaja yang dibuat semuanya senada dan seirama. Inilah yang dikatakan sehati sejiwa.
Jika diajak pergi makan di restoran, kamu setuju. Begitu juga jika diajak menonton wayang, kedua-duanya menganggukkan kepala. Tiada langsung bantahan antara kedua-dua belah pihak. Tapi adakah ia benar pada hakikatnya? Atau kamu terpaksa berlakon sekadar untuk memuaskan hati masing-masing.
Bukan sekadar itu sahaja, kamu juga lebih suka menyembunyikan 'identiti diri' sendiri. Jika bersama teman-teman, kamu seorang yang becok dan rajin memberi pendapat, bila di depannya kamu bersikap pemalu dan sukar untuk memberikan idea. Malah, apa sahaja yang diputuskan kamu mengiyakan sahaja walaupun kamu boleh memberikan pendapat yang lebih baik.
Yang perlu kamu tahu:
Kamu tidak perlu berpura-pura demi menjaga hati masing-masing. Berterus terang adalah jalan terbaik untuk menjaga perhubungan antara kamu dan si dia. Tidak perlu berselindung-selindung. Segala yang tidak puas di hati, perlu diluahkan. Dari situlah kamu dapat mengenali antara satu sama lain.
Jangan bimbang jika si dia berkecil hati dengan kelebihan yang ada padamu. Tunjukkan kamu juga mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Sekiranya si dia seorang yang telah dewasa, dia patut berbangga dengan kebolehanmu dan belajar melihatnya dari sudut positif. Mungkin lebih baik, setelah menyedari kekurangan yang ada pada dirinya, si dia patut belajar untuk memperbaiki diri sendiri. Barulah segala-galanya berjalan dengan lancar.
4. "Aku boleh jadikannya Mr Right"
Sebelum menjalinkan percintaan, adakah kamu senaraikan di dalam kepala tentang beberapa perkara yang perlu diubah tentang diri si dia? Katamu, jika si dia ingin menjadi kekasihmu, dia patut mengubahnya. "Aku mahu dia menjadi kekasih yang terbaik untukku," itulah janjimu pada diri sendiri.
Yang perlu kamu tahu:
Kamu memang boleh berbuat demikian tapi tidak dalam semua perkara. Kamu tidak boleh sentiasa berkeras dan tidak perlu memberitahunya setiap lima minit tentang perkara apa yang kamu tidak suka!
Jika kamu berbuat demikian, ini bermakna kamu mementingkan diri sendiri. Setelah kamu memberitahunya, biar dia sendiri yang membuat keputusan dan menilai baik atau buruk sesuatu perkara itu. Anggap sahaja, tugas kamu telah selesai.
Bagaimanapun jika masih tidak berpuas hati, kamu boleh terus mencubanya tetapi dengan syarat setiap perubahan yang kamu mahukan itu mestilah disertai dengan sokongan moral kamu sendiri. Dengan dorongan daripada kamu, tentu akan lebih menyakinkan dirinya. Jika gagal juga, kamu bolehlah bertanya pada diri sendiri. Adakah si dia yang berada di depanmu, boleh menjadi kekasih pada kamu? Jawapannya, pasti kamu temui nanti.
5. "Aku dibiarkan sendiri"
Dalia cemburu bila Azmi selalu menghabiskan masanya bersama teman-teman, hobi, keluarga dan juga kerja-kerja di pejabat. Sedangkan di pihak Dalia pula, sejak bercinta dia tidak pernah keluar bersama teman-temannya. Malah, kegemaran bermain bowling telah lama ditinggalkan. Masanya lebih banyak dihabiskan bersama Azmi.
Suatu hari, Azmi tidak dapat menemaninya. Dalia terasa sepi. Kebosanan dan kesepian akhirnya telah menaikkan api kemarahan Dalia pada Azmi. Pertengkaran pun berlaku.
Yang perlu kamu tahu:
Ini adalah di antara kesilapan yang sering dilakukan oleh setiap pasangan. Kesudahannya pasti berakhir dengan kemusnahan.
Kamu sebenarnya dipengaruhi perasaan 'takut'. Oleh kerana kamu menganggap si dia adalah 'pelindung', maka perasaan bimbang mula menguasai dirimu bila setiap kali berenggang dengannya.
Kamu sepatutnya bertanggungjawab untuk membentuk kegembiraan pada diri sendiri. Buat sesuatu yang boleh menghiburkan diri kamu dan tidak sekadar mengharapkan si dia sentiasa dapat menemani kamu setiap masa. Belajar berdikari dan pastinya kamu akan menjadi kebanggaannya.
Inikah Kekasih Kamu?
· Peribadinya selalu berubah-ubab hinggakan kamu sendirl sukar untuk mengenali siapa dirinya yang sebenar.
· Kehidupan peribadinya adalah satu rahsia yang tidak boleh kamu ketahui.
· Bila keluar dating, gemar mengajak kamu ke tempat-tempat yang sunyi.
· Terlalu banyak rayuan dan pujian hinggakan kamu sendiri boleh hafal setiap apa yang dikatakan.
· Meninggalkan kamu ketika kamu mula menyatakan untuk menjalin ikatan yang lebih serius.
· Baru berkenalan tapi sudah merancang dan menggesa kamu membuat keputusan dengan segera.
· Berpura-pura baik sedangkan teman-teman mula membicarakan tentang keburakan dirinya.
· Cepat merajuk jika keinginannya yang tidak munasabah kamu tolak dengan baik.
· Tidak bersedia mendengar masalah kamu sebaliknya dengan bangga menceritakan kelebihan tentang dirinya.
· Menganggap kamu sebagai bayangan hidup masa lalunya bersama kekasih terdahulu.
Jika ciri-ciri yang di atas dimiliki oleh kekasih kamu, eloklah berhati-hati. Kesemua ciri tersebut memberi petanda kepada kamu bahawa si dia adalah seorang penipu, pembelit dan suka bertukar-tukar pasangan. Oleh kerana mereka tergolong dalam golongan yang tidak mudah putus asa, lebih baik kamu berundur sebelum kamu menjadi 'mangsa' pada kekasih sendiri. Tetapi harus di ingat.. bukan semua lelaki jahat.. masih ada yang baik di luar sana.. cuma belum berjumpa yg tepat.. Jaga Diri Hiasi Peribadi.. Kenali diri dan Muhasabah diri..
credit to: http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_remaja/putus_kasih.htm
Rabu, 29 Jun 2011
Biar Hati Mencintai..
Membuat ku tak tentu
Terus memikirkan mu
Biar tiada jalanku..
Jalan ku…
Telah ku cuba tuk nyatakan
Rasa di hati ini
Yang makin menghantui
Perasaan jiwa ku..
Jiwa ku…
Korus
Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…
Kau yang menjadikan cinta
Selalu menjadi rindu
Seperti waktu itu
Yang mengharung hidupku..
Hidupku…
Ku.. yang bisa memerlukan
Selalu jadi mimpiku
Menjadi pemilikmu
Biar tak pernah tahu..
Kasihku…
Korus
Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…
hooo..
iyeahh..
Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…
Selamanya…
Selamanya…
Isnin, 27 Jun 2011
Hari2 di Sg Buloh
Rabu, 13 April 2011
Manusia di Bilik Cetak
Ahad, 10 April 2011
i need HELP.. please...
Isnin, 28 Mac 2011
Hi Babi.. Hi Babi.. Hi Babi..
Hujung minggu hari tuh aku habiskan masa ngan Jiran yang juga merangkap BFF aku.. Ely… J hoohoo.. Jumpa hari Sabtu tros g jenjalan kat Jusco S2 g amek spek baru dia.. cantik weh.. mahal plak tuuu.. uhuhu..~~ Gucci okeh.. :p pastuh dia belanja aku makan kat food court.. same2 ngidam nak makan kat situ.. lama kot x lepak makan2.. hahahaha… pastuh, macam2 lagik lah
Pastu, kena rush balik, sbb Ibu dating umah.. Mak pulak dah call2 suh balik umah, ibu tak da kunci.. sekali dah balik, smayang sume.. mata mula letih.. sbb hari agak panas terik.. apa lg.. tido sampai x hengat duniiiaaa.. hahahahah.. sodap eh tdo.. dah nama hobi aku adalah tdo.. huhuhu…
So plan malam tuh x jadik ar nak buat.. sbb masing2 pening dan sgt mengantok..!!! huhu..
Aktiviti bersambung esok nya..
Ahad pagi, kul 6.45 aku dah sidai kain dan mesej ely ajak teman g pasar.. nk beli suar Beinashu.. hahaha.. susah nak cari.. kek pasar jek ada.. di sebabkan excited melampau, pasar utk bahagian baju dan seluar x bukak lg.. kul 10 baru bukak.. mana tak nye.. kiteorg sampai kul 7 lebey nk ke pukul 8… hahahaha…
Pastuh aku pun ajak a ely bekpes.. ngah pusing pasar tuh tetibe ely cakap…
“Hai Babi.. Hai Babi…”
“Hai Babi.. Hai Babi…”
“Hai Babi.. Hai Babi…”
Dia cakap dengan penuh manja.. aku tengok gak.. dia ckp ngan sapa…
l2 kat pasar tuuu… hahah.. dia ckp lagi…
“Hai Babi.. Hai Babi…”
“Hai Babi.. Hai Babi…”
“Hai Babi.. Hai Babi…”
puas aku toleh2 upe2 nye dia tegur Babi krookk krook kroook tuuuhhh kat pasar Babi.. pasar Non-Halal.. hahahahahahahahah… terkesima aku kejap..!!! punya peramah member aku sorg ni.. ngan babi pon tegur..hahahah.. ilang ngantok aku.. so troskan pejalanan cari bekpes pagi, x jumpa mana yg berkenan kiteorg g makan KFC.. wow….. hahahahahaha… makan sambil complaint..!! huhuhu… mcm2 ar.. belum makan da ko
mplen.. ada ke patut.. pastuh terkesima dgn kesedapan bubur kfc tuuu.. tp.. bubur je yg sedap.. lain sume xsedap..!!! huhu.. tp rezeki x baik membazir.. kami makan gak..heheheh..
Pas tuh, dah nak kul 10, kiteorg gerak g pasar balik carik suar… Finally aku dapat gak beli suar tuh… yeaaaah..!!! nama suar suar sedap…!! Pakai sedap nk tgk pon sedap.. huahahaha… pastuh kat pasar pon kiteorg jumpa mcm2.. haha.. kambing
hitam, lembu merah, hahaahaha.. nk citer pon korg x faham.. g sendiri aar pasar besar seremban tgk.. J
Abeh da shopping2 kat pasar tuh, aku n ely gerak pulanggggggg… tppp… sempat pekena cendol sedap kat tepi pasaaar.. abeh aku klu mak taw.. kata diet tp asik makan jeee… hehehe… syhhh.. jgn bgtaw makkk yerr…
Haha.. bkn senang nak lepak ngan ely.. dia bz
jee.. :p mekaseh ely.. abeh
aku syg kamu laaaaaaaaaaaaaaah... J
Selasa, 8 Mac 2011
berbunga2 ke...?
kamu bilang padaku bahwa kamu benar sayang
kau bilang aku, kau akan selalu sayang
dan kamu bilang "aku cinta kamu, sayang"
kamu bilang padaku bahwa kamu benar cinta
kau bilang aku, kau akan selalu cinta
dan kamu bilang "aku sayang kamu, cinta"
reff:
tapi orang bilang katanya kamu gak sayang
orang bilang katanya kamu gak cinta
orang bilang tentang kamu, orang bilang
sekarang kamu bilang bahwa kamu paling sayang
sekarang bilang bahwa kamu paling cinta
sekarang bilang "aku siap mati, sayang"
kamu bilang padaku bahwa kamu benar sayang
kau bilang aku, kau akan selalu sayang
dan kamu bilang "aku cinta kamu, sayang"
kamu bilang padaku bahwa kamu benar cinta
kau bilang aku, kau akan selalu cinta
dan kamu bilang "aku sayang kamu, cinta"
repeat reff [2x]
Selasa, 1 Mac 2011
wajah kesayangan hamba...
ON GENTING 12022011
Khamis, 24 Februari 2011
Ketika Tasbih Bertaburan..
pas smayang, aku pun kutip2.. bila dah kutip sume kumpul kan.. upe2nye TASBIH.. huhuh.. bila aku nak sambung2 kan tasbih nii, aku teringat plak kisah tasbih ni..
Masa tuh aku form 3 ke form 4 ntah.. x hengat sgt.. tp apa yang pasti, sejarah telah terbentuk..
Di suatu pagi yang sangat sejuk mejuk.. kompom tdo sgt2 best.. aku yang mmg pesen susah bangun pagi nihhh apa lagi, tarik selimut laaaaah.. jam dah nak kul 5.30, mak dah kejut2 aku x bgn2 gakk.. degil.. sampai skang susah nk bgn tdo.. adoyaiii.. sbb tuh jodoh xsampai2 lagikk.. hahahahaha..
ok sambung balik.. mak kejut baik punya..
"adik.. bgn syg mak.. bgn dah kul 5.30 nii.." tuh 1st attempt.... dia kejut mcm tuh utk 2 and 3 attempt.. dah lepas 3 xda ckp baik2 daah....
"hey MIMIE.. bgn laah.. apa nak jadik kau ni haaa.. susah bgn pagii.."
aku terkejut nye pasal aku bgn laaah..
"yelah mak.. adk ngah bgn lah nii..."
sekali mak blah g tempat smayang dia.. aku yg agak bengap time tuuu.. pi tdo balikkk..
apa lagi.. iblis pun buai2 aar aku ngan mimpi2 indah kan.. kan iblis kan.. iblis tol laah...
dalam mimpi tuh.. aku ngah g menjala ikan.. masa ngah tebar jala tuhhh, jala tuu tersangkut kat muka akuuu.. adoiiiii.. sakitnyeeee.... 2 kali plak tuuu...
tetibe aku tersedar... errrkkk... bukan jala... TAPI...
T.A.S.B.I.H.. tasbih laah upa nya yg hinggap kat muka aku sebanyak... 2 kali.. 2 kali tuh beb..!! birat wehh.. terpisat2 sambil menahan sakit aku tgk jam..
Ya Allah.. dah pukul 6.30.. dah lewaat aku nak smaayang.. nk g skolah lg.. Kepantangan mak aku solat dah nk akhir2 waktu nii.. uhuhuhu...~~~
apa lagi sebelum kena libasan ke 3, aku cabut masok bilik air.. mandi, dah smayang.. tgh aku duk ngaji tuh mak ckp...
"mak bukan benci adk.. mak wat mcm ni nak didik.. mak nak anak mak jadik anak yg baik..."
uhuhu.. touching jekk bunyik nyee pg tuuu.. uhuhu..
mak kata lagi..."haaa.. ni baru best kan.. ada hiasan kat muka.. hahahaha..."
selambe aku kena gelak.. huhu.. mak kata lagi "xpa lah dik.. ni lah dia.. syg kan ank tangan2 kan..." huhu...
pas abeh drama sebabak tuh, aku siap2 nk g skolah.. sampai skolah ada org tegur..
muka ko apehal haa.. ada bulat2.. aku x jawab sbb klu jawab.. kompom kena gelak wehhhhhh... puas gak nk ilang kan.. hahahahah
tp dr peristiwa TASBIH tuh, byk wat aku kenal diri, bagi motivasi kat diri.. walaupun aku masih susah bgn pg.. uhuhu..<------xreti insaf betol..
aku mmg slalu kena marah ngn mak.. sikap susah bgn pagi slalu wat mak tensen.. uhuhu..
bkn mak jek.. kawan2 aku punn... bkn aku xtaw hakikat itu, tp......... adeh.. xtaw lah nk kata apa.... mak tuh, xkan marah klu aku dalam keadaann jaga, tp klu aku tdo je.. mula dia nk bengang.. sbb kang susah nk bgn.. huhuhu... tp dalam bab2 lain aku xde kena marah.. bab susah bgn tdo jeek.. sbb dia x suka aku smayang lambat.. uhuhu.. mekaseh mak..
...maaflaah mak.. saya akan buat yg terbaek utk berubah...
...maaf jugak kat kawan2 serumah yg slalu stress nk kejut aku..
huhuhuhuhu... tp xda lah selalu sgt kan.. kan... kan..??
hehhhehehe... syg korg semuaaaa.. la la laaa~~~~~~ tasbih nye pasal, pecah rahsia aku.. haha
Ahad, 20 Februari 2011
pertunangan yang tak dirancang.. :)
pastuh sambil tunggu tuh, aku pun duk kat sofa tgk tv.. tetibe dtg seseorg ni terus duduk sebelah aku dan peluk.. aku pun balas pelukkan dia.. rindu nyee.. mcm lama xjumpa.. baru jek 2 3 hari gaduh.. hahaha.. sekali.. tgh duduk2 borak2, mak, ibu, sume sedara mara, kawan2 yg ada sibuk dah bincang pasal tunang+kawen.. aku pun senyum2 ngan dia.. almaklumlaah.. x lama lagi akan bersatu..
org2 lain sibuk2 ngan perbincangan, aku ngan si dia duk sibuk citer2 cinta kami.. mcm na leh kenal.. leh jatuh hati.. haha.. malas nak tlg lah kata kan.. hahahaaha...
tgh syok borak2 ngan si dia.. tetibe phone dia ringing.. triit.. triit.. triit..
sebelum ni.. dia ckp phone selamba jek sebelah aku.. ni tetibe mcm ada sesuatu yang di rahsiakan.. hurm.. curiga.. tapi aku cool jek..
sbb lama sgt dia borak ngan manusia yang call td, aku pun nak blah laah.. x der mood dah nak bermadu asmara di bawah pohon asmara.. huhuu.. sekali dia tarik tangan aku.. peluk aku erat.. mcm taw aku nak majok lagik... hahaha.. dia kata boss dia yg kol.. hmm layan jek laah..
kami jalan2 lagik kat sekeliling umah, duk sembang2.. mcm org dah kawen plak.. duk peluk2.. huhu.. apa nak buat.. rindu.. kan.. pastuh dgr org dalam umah panggil tlg2 apa2 yang patut..
kena wat teliti, supaya majlis gemilang ni berjalan lancar hendaknya.. insyaAllah..
so, dah deal.. lagi sebulan lebih majlis aku tuh.. si dia akan balik bekerja.. sbb ni cuti hujung minggu.. aku pun balik keje balik.. menanggung rindu jek laah.. naseb HP ada 3G.. mcm ni upa nya rasa kan.. berdebar2 nak kawen.. mcm2 rasa.. hahahahaha... pengalaman...
hari berganti hari.. hujung minggu berkunjung lagi.. sekali lagi aku balik kg nk tlg2 apa2 yang patut.. dr pagi wat itu ini.. si dia xleh balik.. keje.. keluarga mertua sume ada.. yelah.. kami wat 1 majlis jek.. sonang katanyaa.. :)
malam tuh.. si dia call.. ckp2 pasal sayang lah.. rindu laaah.. saja jual mahal ckp x rindu.. wahahaha.. padahal.. kan.. kan... sambil ckp sambil cium2 bau tshirt dia.. hahaha
dah abeh borak2, aku mintak izin nak tdo.. letih nyeeee... tp sebelum tuh g dapur dulu nak minum air.. haus.. lama sgt2 borak.. mata da ngantok.. jalan pun lalok2..
sekali......gedebuk...!!! sakit nyee jatuh... uhuhu...
aku pun bangun.. malas nk bising2.. tgk jam dah kul 4.. kesat2 mata.. ngeliat ngeliat...
upe2 nye aku mimpi td.. hahahahaha.. letih aku bgn pg tuhh.. tros g amek air smayang.. basuh muka..
bila da terjaga mula wat aku byk pK.. huhuhu.. ye laah.. mmg lah mimpi mainan tdo.. harap mmg mainan tdo lah... sbb org yang menjadi bakal suami aku tuh, aku x pernah ada apa2 pun ngan dia.. cume rakan sekerja yang bernama FFS.. huhu.. pelik aneh sume ada.. oh tidak laah... sbb dia da berpunya.. dan aku tidak bersedia utk sume di atass.. ngeeh~~~
klu lah dia taw aku mimpi dia, sedangkan.. aku mmg x pk pasal dia.. mati aku kena gelak..
huhu.. apa2 pun.. aku yakin.. mimpi tuh hanya mimpi kosong.. kan..? kan..? kan..?
adeshhh...~~~ kawen tuuh.. takut weh... huhuu..
sekian..~~ jgn marahh haa.. itu lah hakikat sebuah kehidupan.. uhuhu
Isnin, 7 Februari 2011
Syukur..Alhamdulillah..
smalam.. masa tgk buletin utama kat tv3 pasal berita Ketegangan kat Mesir tetibe aku mcm tersentuh bila tgk anak2 yg selamat pulang dan di cium ibu bapa dorg tanda syukur anak mereka selamat wat aku menangis sama2.. aku rasa mcm aku plak yg ada anak kat sana.. huhu..
Alhamdulillah.. mereka semua selamat.. di harap yg masih berada di sana juga akan selamat pulang ke tanah air.. :)
walaupun aku x da kaitan dengan mereka2 di Mesir.. tp aku sebagai sesama Islam dan saudara seagama turut merasa risau dan mendoakan segala2 baik dan di lindungi Allah Yang Maha Merahmati..
Aku rasa sebak sgt dada bila tgk mak bapak dorg menangis bila anak diorang selamat.. uhuhu.. sebak sgt.. tetibe aku teringat mak ckp.. "klu nk taw sygkan anak..beranak dulu..."
ni blom beranak pon aku da rasa sedey bila kita risaukan anak2 kita yg jauh dimata..
apa2 pon.. Tahniah lah kat PM dan seluruh rakyat Malaysia atas keperihatinan sehingga dapat membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir dengan selamat..
..sengala yang baik hanya dr Allah SWT, semoga kita semua di lindungi Allah..
~memeng~
Isnin, 31 Januari 2011
..bila malang tidak memberi bau..
da taun 2011 uper nyee nih.. huaaarghh.. sgt mengantok nk tulih.. tp ku teruskan atas dasar perkongsian..
citer nih jadik smalam.. masa aku on the way nak balik umah (Greenwood) dari site opis ku Hospital Selayang.. macam biasa jalan agak jemm.. masa aku betol2 kat depan Warta Lama..dalam keadaaan kete mmg tgh berhenti sbb jemm kat depan.. tetibee... "beeenggggg!!!!!!" aku ni mmg terkenal dgn kemenggelabahan dan kecuakan yg sgt terserlah.. aku amek masa 5 minit b4 kuar tgk apa yg jadik..
b4 kuar aku tgk.. kete aku ke langgar dia.. upernyer langgar belakang.. aku bukak signal kecemasan pastuh aku turun dr kete.. tgk ada sorg uncle dan motor nya yg da tergolek dog akibat di langgar oleh lori dan sbb tuh dia melanggar aku.. walaupun aku ni terkujuttt.. aku still tahan dan rasional sbg manusia lain utk tanya khabar uncle tuh dan nk tlg dia bgn kan motor yg jatuh kat kete aku..
aku: err.. uncle ok? boleh bgn x?
uncle: ...... (dia x ckp apa2..)
aku: eeh.. nak g mana plak..?
............aku mcm terhangak2 / tercengang2 bila motor + lori tuh blah mcm tuuu jeee.. dan sume kete dah hon2 aku suh jalan.. almaklumlah aku menambahkan jemm plak smalam.. tp...
kenapa dorg blah mcm tuh je? hmmm... aku niat nk tlg.. bkn nak marah.. dah lah wat aku sesak nafas seketika smalam..
aku tross masok lam kete tanpa tgk pun apa jd kat kete aku.."lupa sebenarnya.. dalam masa yg sama sgt cuak tahap gaban..."
aku jalan plahaaan giler.. aku tros kol Jijah.. nk suh dia amek kete sbb aku xnak bawak kete dah.. aku nak naik bas ke teksi ke.. uhuhuhu.. tp sebabkan jijah x free smalam.. aku jalan gak dalam kadar 40km/j.. huhu.. aku da menggigil2 air mata dah banjir kan tudung aku sume... uhuhu.. sampai jek umah.. aku nampak Pura tlg bukak pintu.. lum sempat masok umah aku da ckp.. "td kene langgar.. cer tgk blakang kete.. ok ke x?" .... aku pun..."fuhhh.. lega..." sekali dgn lagak berani dan ensem aku berjalan menuju ke belakang kete... sekali... arrggghh...
....................1. bumper jatuh sket.. hoohoo..
....................2. calar2 kene paddle motor dia.. huhu..
mmg lah sikit jeee yg kene.. tp cara aku kene tuh wat aku cam fobia.. yer laah.. kita berhati2 org lain nak mati.. adesshh... da lah yg bersalah blah mcm tuh jeee.. xpa xpa.. dugaan hidup.. tp apa2 pun aku dapat blaja dr kejadian smalam.. yerlah kan.. setiap satu kejadian pasti ada hikmah nyaa...
apa yg aku dapat blaja.. apabila musibah berlaku aku perlu.. terutaman musibah jalan raya..
...mengucap dan ucap syukur kerana masih di beri nafas utk meneruskan hari mendatang..
...Jangan menggelabah..
...HP mesti ada kat tgn utk kol sapa2 dan amek no plat kete/lori/moto yg melanggar..
...make sure b4 turun dari kete.. pasang lampu kecemasan..
...kene wat muke mcm garang.. sbb muke aku ni wat org x takut pun.. haisshh..
daan.. andai kata aku da habis wat sume tuh.. tp musibah yg beerlaku tuh masih wat aku rasa.. gusar, rasa tkut.. rasa ilang semangat.. aku kembali kepada Allah..
..amek air smayang.. solat + mengaji..
..sentiasa ingat.. musibah ini.. kecik jeek.. ujian Allah utk hambaNYA.. ada lagik musibah yg besar hamba2NYA yg soleh.. mcm yg latest ni.. Kat Mesir.. dan Banjir kat Malaysia nih.. kan..
dan apa2 pun.. aku akan terus berhati2 di jalan raya.. walaupun aku taw hakikat yg.. "kita berhati2 tp org lain nak mati.. bawak keta mcm ketapi ERL.. bawak motor macam grandprix.. bawak lori mcm dia sorg kat jalan raya nih.."